masa penyediaan15 minit
masa memasak20 minit
hidangan4 orang

Bahan-bahan

500 gSan Remo Organic Spaghetti
500 gSos Pasta San Remo
2 sudu besarMinyak zaitun
2 ulasBawang putih, ditumbuk
400 gDaging ayam kisar
1Bawang besar, dihiris nipis
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Keju parmesan, untuk hidangan

Cara Memasak

  1. Masak San Remo Organic Spaghetti mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali, tumis bawang putih, ayam dan bawang besar selama beberapa minit sehingga wangi.
  3. Masukkan Sos Pasta San Remo dan masak sehingga mendidih. Perlahankan api dan reneh selama 15 minit atau hingga ayam masak sepenuhnya.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
  5. Hidangkan pasta di atas pinggan dan tuangkan sos ke atas. Taburkan keju parmesan di atas dan hidangkan.