Sejak 1936
San Remo telah membuat pasta sejak 1936. Ia telah berkongsi tradisi dan budaya membuat pasta ini dengan Australia lebih dari 80 tahun.
Sejak permulaan, kami senantiasa percaya biar waktu baik atau waktu buruk, sajian pasta yang unggul berupaya mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Sewaktu kami bergembira, bersedih ataupun berkasih mengelilingi meja makan, detik-detik ini berkekalan sebagai memori sekeluarga kami.
Berlanjutan dari keluarga kami untuk sekeluarga anda, kami harap mutu dan jiwa yang kami usahakan dalam setiap produk pasta San Remo dapat membantu anda bersama keluarga terus mencipta detik-detik memori yang berkekalan ini.
San Remo. Pilihan Keluarga Anda
Produk
San Remo amat berbangga diiktiraf sekian lama sebagai *Pasta Kering nombor satu di Australia. Diperbuat 100% daripada gandum Durum Australia, San Remo berbesar hati dengan pastanya yang berkualiti tinggi dan bermutu. Dengan rangkaian produk kami yang beraneka pilihan, anda pasti dapat memilih pasta atau sos yang sesuai untuk menghasilkan hidangan kegemaran anda.
*Nielsen Scandata Australia Grocery MAT sehingga 09/07/2017. Kategori Pasta Kering dalam Nilai dan Unit.