masa penyediaan15 minit
masa memasak15 minit
hidangan1-2 orang

Bahan-bahan

100 gSan Remo Macaroni
80 gDaging ayam, dicincang
60 gJagung manis dalam tin
30 gBawang besar, potong dadu
1 ulasBawang putih, dicincang
2 sudu besarMayonis
2 sudu besarMinyak zaitun
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa

Untuk hiasan

Daun pasli

Cara Memasak

  1. Masak San Remo Macaroni mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan ayam.
  3. Setelah ayam masak, masukkan San Remo Macaroni dan jagung. Kacau hingga sebati.
  4. Akhirnya, masukkan mayonis dan gaul sebati. Perisakan dengan garam dan serbuk lada sulah. Hidangkan panas.

Pilihan Produk