masa penyediaan15 minit
masa memasak15 minit
hidangan1-2 orang
Bahan-bahan
| 100 g | San Remo Macaroni |
|---|---|
| 100 g | Daging ayam dada, dipotong dadu |
| 40 g | Sayur campur beku |
| 30 g | Bawang kuning, dicincang |
| 1 ulas | Bawang putih, dicincang |
| 2 sudu besar | Mayonis |
| 2 sudu besar | Sos tomato (Ketchup) |
| 2 sudu besar | Minyak zaitun |
| Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa |
Cara Memasak
- Masak San Remo Macaroni mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang kuning dan bawang putih hingga wangi. Masukkan ayam dan sayur campur, goreng hingga ayam masak. Perisakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
- Kemudian masukkan San Remo Macaroni, mayonis dan sos tomato. Kacau sehingga sebati dan dihidang semasa panas.


