Mengenai Kami
Pasta Kami
Kebangkitan Gandum Durum San Remo
Gandum kerap dirujuk sebagai bijirin purba kerana asal usulnya sebagai tanaman pertanian dapat dijejaki lebih dari 10,000 tahun yang lalu. Pada zaman hari ini, ia dikenali sebagai gandum biasa atau gandum roti, walaupun ia tetap sebagai tanaman pertanian yang paling umum di kalangan tanaman jenis gandum, gandum durum adalah jauh lebih sesuai untuk dijadikan pasta.
Pada zaman awal Australia, gandum merupakan salah satu tanaman pertama yang diusahakan oleh penjajah, dan ia telah menjadi hasil tanaman paling penting dalam masa yang singkat. Hasil tanaman pada waktu itu adalah jauh lebih rendah berbanding dengan standard hari ini, tetapi dari masa ke masa, tanaman gandum Australia telah diperkembangkan agar mampu mengatasi keadaan yang sukar di sini.
“Gandum Durum adalah jauh lebih sesuai untuk dijadikan pasta.”
Bagi San Remo, semua kisah mengenai gandum durum adalah lebih kurang sama. San Remo berhasrat untuk menghasilkan pasta yang terbaik di Australia, tetapi untuk menjayakan hasrat ini, mereka perlukan gandum durum terbaik yang boleh ditumbuh. Berpusat di Australia Selatan, San Remo sedar bahawa tanaman gandum durum akan tumbuh dengan lebih baik jika mereka dapat menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran tempat tanaman mereka.
Kisah Kejayaan Seorang Australia Selatan
Sejak hujung 1980an, San Remo telah bekerjasama dengan para penyelidik dan petani tempatan untuk menghasilkan tanaman gandum durum yang lebih bermutu tinggi dan bersesuaian dengan keadaan Australia Selatan. Setelah berusaha tanpa mengenal erti penat lelah selama bertahun-tahun dengan universiti dan pengusaha tempatan, sumber gandum durum San Remo kini telah dipermajukan ke tahap yang terbaik di dunia. Dengan sedemikian, pasaran antarabangsa sekarang sedang giat mencari gandum durum Australia kami yang bermutu tinggi ini.
Penyelidikan, pembakaan tumbuhan, ujian dan penambahbaikan yang berterusan telah berjaya menghasilkan gandum durum tempatan yang lebih berkualiti dan menjadikan hasil tanaman lebih baik. Semua ini adalah proses semulajadi yang memakan masa puluhan tahun hasil daripada pelaburan San Remo yang merangkumi kemudahan silo penyimpanan, kaedah pengendalian yang rapi dan kemudahan penulenan yang berteknologi tinggi. Kesemua ini adalah untuk memastikan supaya mutu pasta yang dihasilkan oleh kami berada di tahap terbaik yang mungkin. Usaha-usaha akan tetap diteruskan.
Dengan memperkembangkan gandum durum di Australia Selatan, San Remo kini menghasilkan pasta berkualiti yang kaya dengan warna semulajadi, dan juga khasiat dengan kandungan nutrien yang lebih tinggi seperti protin, gluten dan kanji yang lebih sesuai untuk dijadikan pasta. Kualiti dan nutrien inilah yang mendorong San Remo untuk terus berusaha dan menambahbaik, tahun demi tahun – supaya anda dapat terus menikmati pasta yang berkualiti terbaik.
Saksikanlah Fil dari kilang pemprosesan terangkan dari mana pasta Gandum Durum San Remo yang lazat ini datang!
Sejarah
San Remo telah melambangkan budaya dan tradisi membuat pasta semenjak penubuhannya pada tahun 1936 oleh Luigi Crotti. Sehingga hari ini, ia adalah 100% milik persendirian syarikat Australia.
Pada awal waktu penubuhan, syarikat ini berkembang dengan pesat dan merupakan pengilang pertama yang menyokong dan merangsang pengedaran di pasaraya memandangkan fenomena membeli-belah baharu ini menjadi stabil dan berkembang.
Dibuat di Australia, San Remo memiliki pejabat dan pusat pengedaran di semua ibu negeri Australia dan New Zealand, dan telah dieksport ke 35 buah negara di seluruh dunia. Berpusat di Adelaide, kilang San Remo menggabungkan “rahsia” membuat pasta Itali secara tradisional dengan tenologi paling moden hari ini. Kilang pemprosesan gandum Durum San Remo merupakan salah satu yang terbesar dan paling canggih di rantau Australia/Asia Tenggara, ia direka khas untuk memproses gandum Durum.
San Remo menanam gandum Durum yang paling berkualiti melalui peladang kontrak, justeru dapat menjamin kawalan kualiti serta spesifikasi gandum yang ditanam. Ini menghasilkan pasta yang paling berkualiti dan memastikan tahap integriti yang tinggi dicapai.
Hari ini, produk San Remo merangkumi pelbagai jenis pasta, sos dan juga aneka pasta “La Pasta” serta hidangan sos sampingan.
Sejarah Pek Bungkusan & Pengiklanan San Remo
San Remo telah menjadi sebahagian isi rumah yang dihargai selama beberapa generasi dan pek bungkusan serta pengiklanan kami turut telah mencipta riwayat yang panjang dan istimewa.
Penampilan utama yang terdapat pada bungkusan pasta San Remo ialah dua orang “Adik-beradik San Remo” sedang memasak pasta di dapur. Simbol adik-beradik San Remo ini akhirnya menjadi lambang kualiti San Remo.
Di bawah adalah Risalah Pasta San Remo pada tahun 1950an. Risalah bersejarah ini memaparkan pelbagai bentuk pasta tradisional yang dihasilkan oleh San Remo pada masa itu. Sekali lagi, adik-beradik San Remo yang sedang menikmati hidangan pasta yang masih hangat ditonjolkan di bahagian hadapan risalah.
Berikutan dengan masa berlalu, San Remo telah mengubah rekaan pek bungkusannya supaya lebih moden dengan warna merah eksklusif San Remo bersertakan cogan kata yang memberangsangkan. Ribon warna emas juga ditambah pada pek bungkusan untuk menandakan keunggulan kualiti dan rasa pasta San Remo menjadikannya ikon yang masyhur di kalangan isi rumah Australia dan New Zealand.
San Remo. Pilihan Keluarga Anda.
Saksikan di bawah atau melalui Youtube.