masa penyediaan10 minit
masa memasak15 minit
hidangan4-5 orang
Bahan-bahan
| 500 g | San Remo Spaghetti |
|---|---|
| 5 ulas | Bawang putih, dicincang |
| 2 labu | Bawang merah, dicincang |
| 100 g | Udang, kulit dikupas |
| 100 g | Dada ayam, dihiris kasar |
| 1 keping | Kek ikan, dihiris kasar |
| 1 ikat | Sawi, dipotong |
| 1 batang | Lobak merah, dihiris nipis |
| 3-6 biji | Cili padi merah, dihiris |
| 3-4 sudu besar | Pes cili / sos cili |
| 6 sudu besar | Kicap manis |
| 5 sudu besar | Minyak masak |
| Garam secukup rasa |
Cara Memasak
- Masak San Remo Spaghetti mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga wangi.
- Masukkan udang dan ayam, masak sehingga warna kekuningan.
- Masukkan sawi, lobak merah dan kek ikan. Masak selama 2 minit.
- Masukkan San Remo Spaghetti, kicap manis dan pes cili. Kacau sehingga sebati.
- Perasakan dengan garam secukup rasa. Hidang panas.


