masa penyediaan3 jam
masa memasak20 minit
hidangan1-2 orang
Bahan-bahan
| 100 g | San Remo Spaghetti |
|---|
Untuk kuah
| 9 biji | Cili padi |
|---|---|
| 2 labu | Bawang besar |
| 3 ulas | Bawang putih |
| 2 batang | Serai |
| 1 cm | Kunyit hidup |
| 1 cawan | Santan |
| 1 cawan | Air |
| 5 sudu besar | Minyak masak |
| Garam secukup rasa |
Untuk daging Salai
| 100 g | Daging |
|---|---|
| 1 sudu teh | Serbuk kunyit |
| 1/2 sudu teh | Garam |
| 1 sudu besar | Minyak masak |
Cara Memasak
- Untuk daging salai, perap daging bersama semua bahan selama 3 jam.
- Masak San Remo Spaghetti mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Panaskan kuali, salaikan daging sehingga sekata tanpa menggunakan minyak. Angkat dan biar 10 minit. Hiris nipis-nipis.
- Untuk kuah, tumbuk kasar 5 bahan pertama.
- Panaskan minyak masak, tumis bahan tumbuk sehingga wangi.
- Jerang air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bahan tumisan, daging dan santan. Mereneh atas api perlahan. Tambah garam secukup rasa.
- Hidangkan dengan San Remo Spaghetti


