masa penyediaan15 minit
masa memasak40 minit
hidangan2-3 orang
Bahan-bahan
| 250 g | San Remo Elbows |
|---|---|
| 600 g | Daging, dipotong ketulan |
| 400 ml | Santan |
| 80 g | Kerisik |
| 5 helai | Daun limau purut, dihiris |
| 2 helai | Daun kunyit, dihiris |
| 400 g | Parutan keju cheddar |
| 200 g | Parutan keju mozzarella, untuk topping |
| 4-5 sudu besar | Minyak masak |
Untuk pes rendang (bahan-bahan kisar)
| 15 g | Halia |
|---|---|
| 15 g | Lengkuas |
| 5 batang | Serai |
| 7 ulas | Bawang merah |
| 5 ulas | Bawang putih |
| 150 g – 200 g | Pes cili |
Cara Memasak
- Masak San Remo Elbows mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis pes rendang sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daging, santan dan gaul rata. Reneh atas api perlahan sehingga daging empuk dan pastikan kacau selalu.
- Masukkan kerisik, daun limau purut, daun kunyit, San Remo Elbows dan parutan keju cheddar. Biarkan masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Letakkan isi yang telah disediakan ke dalam kaserol, taburkan parutan keju mozzarella dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 180°C selama 10 minit atau sehingga topping menjadi keemasan.


