masa penyediaan10 minit
masa memasak15 minit
hidangan4 orang
Bahan-bahan
| 480 g | Sos Pasta Carbonara San Remo |
|---|---|
| 500 g | San Remo Fettuccine |
| 2 sudu besar | Mentega |
| 100 g | Keju parmesan, diparut |
| 4 keping | Ham ayam, dipotong panjang |
| 8 biji | Cendawan butang, dihiris |
| 4 biji | Kuning telur dipasteurisasi (pilihan) |
| Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa | |
| Daun pasli, dicincang untuk hiasan |
Cara Memasak
- Masak San Remo Fettucine mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Cairkan mentega di dalam kuali, masukkan ham ayam dan cendawan, goreng selama 2-3 minit.
- Tuangkan Sos Pasta Carbonara San Remo ke dalam dan gaul rata.
- Masukkan San Remo Fettucine ke dalam sos dan taburkan keju parmesan di atas.
- Masukkan 1 senduk air rebusan pasta dan gaul rata.
- Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah, hias dengan daun pasli dan hidangkan panas.


