masa penyediaan20 minit
masa memasak50 minit
hidangan4 orang
Bahan-bahan
| 250g | San Remo Instant Lasagna |
|---|---|
| Keju parmesan, parut |
Untuk sos daging
| 2 sudu besar | Minyk zaitun |
|---|---|
| 1 | Bawang besar, dicincang |
| 1 | Lobak merah, dicincang |
| 1 ulas | Bawang putih, ditumbuk |
| 500 g | Daging ayam kisar |
| 5 sudu besar | Pes tomato |
| 800 g | Tomato dalam tin |
| 2 cawan | Stok ayam |
| Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa | |
| Secubit serbuk buah pala |
Untuk sos keju
| 2 sudu besar | Mentega |
|---|---|
| 2 sudu besar | Tepung gandum |
| 2 cawan | Susu |
| Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa | |
| 125g | Keju Mozzarella atau keju cheddar |
Cara Memasak
- Panaskan ketuhar pada suhu 180ºC.
- Untuk sos daging, panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Masukkan bawang besar, lobak merah dan bawang putih, goreng hingga lembut. Masukkan daging ayam dan goreng hingga warna perang.
- Masukkan pes tomato, tomato dalam tin dan stok ayam. Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan serbuk buah pala. Tutup kuali dan reneh selama 20 minit, kacau sekali sekala.
- Untuk sos keju, cairkan mentega di dalam periuk kecil, masukkan tepung gandum dan masak selama 2 minit atas api perlahan.
- Keluarkan periuk dari api dan masukkan susu. Kembali ke api dan teruskan masak sehingga sos pekat dan licin. Pastikan kacau selalu.
- Perasakan dengan garam, serbuk lada sulah dan keju, kacau hingga keju cair sepenuhnya.
- Untuk lasagna, tuangkan ½ cawan sos daging ke dalam dulang bakar yang disapu minyak. Susun secara berselang seli: kepingan lasagna, campuran daging dan sos keju. Pastikan lapisan terakhir adalah sos keju.(Jumlah 4 lapisan)
- Taburkan parutan keju parmesan di atas dan bakar selama 35-40 minit atau hingga masak sepenuhnya.
- Biarkan selama 5-10 minit sebelum dihidangkan.




