masa penyediaan15 minit
masa memasak20 minit
hidangan2-3 kanak-kanak
Bahan-bahan
Untuk makaroni keju
| 30 g | Mentega tanpa garam |
|---|---|
| 15 g | Bawang kuning, dicincang |
| 5 g | Bawang putih, dicincang |
| 60 g | Krim putar |
| 2 | Kepingan keju Cheddar |
| 1/4 sudu teh | Garam |
| 1/4 sudu teh | Serbuk lada sulah |
| 80 g | San Remo Macaroni |
| Secubit campuran herba |
Untuk bebola ayam
| 320g | Daging ayam kisar |
|---|---|
| 10g | Serbuk roti |
| 1 | Kuning telur |
| 1 sudu teh | Worcestershire sauce |
| 1 sudu teh | Serbuk lada sulah |
| 1/2 sudu teh | Garam |
| 2 sudu besar | Mentega tanpa garam |
Cara Memasak
- Masak San Remo Macaroni mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Untuk makaroni keju, cairkan mentega di dalam kuali, tumis bawang kuning dan bawang putih hingga wangi. Masukkan krim, keju, campuran herba, garam dan serbuk lada sulah. Kacau sebati.
- Kemudian masukkan San Remo Macaroni dan kacau sekata. Ketepikan dan biar sejuk.
- Untuk bebola ayam, campurkan semua bahan-bahan hingga sebati. Bahagikan campuran kepada 6 bahagian. Bulat-bulatkan campuran, tekan sedikit untuk letak San Remo Macaroni keju di tengah. Kemudian bulat-bulatkan kembali menjadi bebola. Goreng dengan mentega.
- Hidangkan semasa panas dengan sos tomato atau sos pasta.


