masa penyediaan10 minit
masa memasak10 minit
hidangan4 orang
Bahan-bahan
| 80 g | San Remo Bowties |
|---|---|
| 1 | Lobak merah, hiris nipis |
| 8 | Tomato ceri, belah separuh |
| 1 | Sengkuang kecil, hiris nipis |
| 200 g | Kubis ungu, hiris nipis |
| 100 g | Kubis, hiris nipis |
| 100 g | Kacang Edamame, asingkan kulit |
Untuk sos salad
| 1 cawan | Minyak bijan |
|---|---|
| 2-3 cm | Halia muda, diparut |
| 2 sudu besar | Kicap atau secukup rasa |
| 4 sudu besar | Madu atau secukup rasa |
| 2 ulas | Bawang putih, dicincang |
| 1 | Limau nipis, dapatkan jus |
| 4 sudu besar | Air |
| Secubit serbuk lada sulah |
Untuk topping
| 2 sudu besar | Kacang tanah, dipanggan |
|---|---|
| 1 sudu besar | Biji bijan, dipanggan |
| Segenggam daun ketumbar |
Cara Memasak
- Masak San Remo Bowties mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Untuk sos salad, campurkan semua bahan-bahan sos hingga sebati. Bahagikan sos kepada 4 bahagian yang sama ke dalam 4 botol kaca.
- Kemudiannya, susunkan sayur-sayuran dan San Remo Bowties ke dalam botol. Bermula dengan sayur yang lebih keras seperti lobak merah, diikuti dengan pasta dan sayur-sayuran yang lebih lembut seperti kubis, kacang edamame, sengkuang dan tomato ceri. Akhirnya, taburkan topping di atas.
- Tutup botol dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk. Salad boleh disimpan selama 3 hari.
- Untuk menghidang, tuangkan salad ke dalam mangkuk dan gaul sekata.


