masa penyediaan10 minit
masa memasak20 minit
hidangan4-5 orang
Bahan-bahan
| 500 g | San Remo Angel Hair |
|---|---|
| 800 g | Daging ayam kisar |
| 2 biji | Bawang besar, dipotong dadu |
| 6 biji | Bawang putih, ditumbuk |
| 2 biji | Tomato, dipotong dadu |
| 4 sudu besar | Sos cili |
| 4 sudu besar | Sos tomato |
| 1/2 cawan | Air |
| 1/2 cawan | Minyak masak |
| 2 sudu besar | Kicap |
| Campuran Kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang | |
| Garam dan gula secukup rasa |
Untuk bahan-bahan kisar
| 1 batang | Serai |
|---|---|
| 1 inci | Kunyit hidup |
| 1 inci | Lengkuas |
| 20 biji | Cili kering, direbus |
Cara Memasak
- Masak San Remo Angel Hair mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam kuali, tumis bawang putih dan campuran rempah ratus hingga wangi. Masukkan bahan-bahan kisar dan goreng hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam, sos tomato, sos cili, air, kicap, tomato dan bawang besar. Gaul sebati dan goreng hingga ayam masak sepenuhnya. Perasakan dengan garam dan gula.
- Tuangkan ayam masak merah ke atas San Remo Angel Hair dan hidangkan panas.


