masa penyediaan20 minit
masa memasak20 minit
hidangan2-3 orang
Bahan-bahan
| 250 g | San Remo Angel Hair |
|---|---|
| 100 g | Isi kepah |
| 100 g | Udang segar (size serderhana), dikupas |
| 50 g | Taugeh, bersihkan |
| 4-5 batang | Kacang panjang, potong 4cm and celur |
| 2 biji | Terung panjang, potong 4cm dan goreng |
| 2 biji | Telur, rebus |
Untuk kuah Kari
| 1 liter | Santan |
|---|---|
| 3 sudu besar | Rempah kari |
| 1 sudu besar | Pes cili |
| 1 labu | Bawang besar, dikisar |
| 4 ulas | Bawang putih, dikisar |
| 50 g | Udang kering, dikisar |
| 3 cm | Belacan |
| 3 sudu besar | Minyak masak |
| Garam, gula dan lada sulah secukup rasa |
Hiasan
| Hirisan limau nipis, hirisan cili merah dan hirisan daun bawang |
Cara Memasak
- Masak San Remo Angel Hair mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan belacan, pes cili dan rempah kari. Tumis hingga rempah masak.
- Masukkan santan dan didihkan selama 10 minit pada api sederhana. Masukkan isi kepah, udang dan masak hingga makanan laut masak sepenuhnya. Perasakan dengan gula, garam dan lada sulah.
- Untuk menghidang, letakkan San Remo Angel Hair, telur dan sayur-sayuran di dalam mangkuk. Tuangkan kuah kari di atasnya dan hidangkan panas.


