masa penyediaan10 minit
masa memasak15 minit
hidangan2-3 orang
Bahan-bahan
| 220 g | San Remo Penne |
|---|---|
| 1 | Bawang kuning, dihiris |
| 1 | Tomato, hiris |
| 5 ulas | Bawang putih, dicincang |
| 150 g | Sos Pasta Tomato & Basil San Remo |
| 2 cawan | Air |
| 2 | Cendawan Portobello, dihiris |
| 1 | Lada benggala kuning, dihiris |
| 50 g | Keju cheddar, diparut |
| 2 sudu besar | Minyak zaitun |
| 5 g | Parutan keju Parmesan |
| Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa |
Cara Memasak
- Masukkan bahan-bahan pertama hingga keenam ke dalam periuk nasi. Pastikan San Remo Penne ditutup penuh dengan cecair.
- Tetapkan pemasa mengikut masa memasak tercetak di atas paket.
- Selepas 10 minit, buka penutup periuk dan masukkan cendawan. Biar penutup buka dan gaul sekali-sekala.
- Apabila cecair sudah kurang, masukkan lada benggala, keju cheddar, minyak zaitun dan gaul sekata. Perisakan dengan garam dan serbuk lada sulah.
- Taburkan parutan keju parmesan di atas dan hidangkan panas.


