masa penyediaan5 minit
masa memasak20 minit
hidangan2 orang
Bahan-bahan
| 1/3 cawan | San Remo Elbows |
|---|---|
| 2 biji | Telur |
| 1/4 sudu teh | Garam |
| 1 1/2 sudu besar | Mentega |
| 1 keping | Hirisan keju |
| 3 | Tomato ceri, dipotong separuh |
| Secubit serbuk lada sulah |
Cara Memasak
- Masak San Remo Elbows mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Pukul telur bersama garam dan serbuk lada sulah di dalam mangkuk.
- Panaskan kuali dan masukkan mentega. Setelah mentega cair, masukkan campuran telur dan kacau sekali sekala. Goreng sehingga separuh masak.
- Masukkan San Remo Elbows ke dalam telur diikuti tomato ceri dan hirisan keju. Goreng dengan api perlahan hingga telur masak sepenuhnya. Hidangkan panas.


