masa penyediaan15 minit
masa memasak1 jam 45 minit
hidangan2-3 orang
Bahan-bahan
| 1 cawan | San Remo Bowties |
|---|---|
| 700 g | Tulang ekor lembu |
| 3 sudu besar | Cili giling |
| 4 labu | Bawang besar |
| 6 ulas | Bawang putih |
| 1 inci | Halia segar |
| 1/2 cawan | San Remo Tomato Onion & Garlic Pasta Sauce |
| 1/2 cawan | Sos tomato |
| 2 | Telur, dipukul |
| 2 sudu besar | Tepung gandum + 2 sudu besar air |
| 2 ikat | Rempah sup bunjut |
| 3 sudu besar | Gula |
| Garam secukup rasa | |
| Kobis dan cili hijau untuk hiasan |
Cara Memasak
- Masak San Remo Bowties mengikut arahan pada paket dan ketepikan.
- Rebus tulang ekor lembu bersama rempah sup bunjut hingga empuk.
- Kisar bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis bahan-bahan kisar bersama cili giling hingga wangi.
- Masukkan San Remo Tomato Onion & Garlic Pasta Sauce, gula dan garam. Tuang tulang ekor lembu dan stok ke dalam, reneh selama 1 jam 30 minit. Masukkan campuran tepung gandum, sos tomato dan telur. Gaul rata.
- Masukkan San Remo Bowties. Hias dan hidangkan panas.


