Peraduan #SanRemoGORaya
Cara Penyertaan
Langkah 1: Beli produk jenama SAN REMO bernilai RM15 dalam satu [1] resit/invois jualan dari mana-mana kedai yang turut serta. Setiap resit/invois jualan melayakkan satu [1] penyertaan.
Langkah 2: Whatsapp ke +6011-6306 6011:
- Nama penuh anda; taip sebagai teks
- Nombor K/P baru anda; taip sebagai teks
- Hanya satu [1] gambar resit/invois jualan. Resit/invois jualan panjang harus dilipat untuk mengemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja.
Contoh setiap penyertaan:
- Mesej #1: AHMAD BIN ISMAIL
- Mesej #2: 780117106135
- Mesej #3: Hanya satu [1] gambar resit/invois jualan
Perhatian: Sila pastikan maklumat berikut dikemukakan dengan jelas di dalam gambar resit/invois jualan:
- Nama kedai atau kedai dalam talian.
- Tarikh pembelian.
- Nombor resit/invois jualan.
- Produk(-produk) turut serta yang dibeli.
- Jumlah harga produk(-produk) turut serta yang dibeli.
Hadiah Penyertaan Mingguan
Minggu | Tempoh | Hadiah | Jumlah Pemenang |
1 | 11/4/2022 – 17/4/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM3 | 1,405x |
2 | 18/4/2022 – 24/4/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM3 | 1,405x |
3 | 25/4/2022 – 1/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM3 | 1,405x |
4 | 2/5/2022 – 8/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM3 | 1,405x |
5 | 9/5/2022 – 15/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM3 | 1,405x |
6 | 16/5/2022 – 22/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM3 | 1,405x |
7 | 23/5/2022 – 29/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM3 | 1,405x |
Hadiah Utama Mingguan
Minggu | Tempoh | Hadiah | Jumlah Pemenang |
1 | 11/4/2022 – 17/4/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300 | 5x |
2 | 18/4/2022 – 24/4/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300 | 5x |
3 | 25/4/2022 – 1/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300 | 5x |
4 | 2/5/2022 – 8/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300 | 5x |
5 | 9/5/2022 – 15/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300 | 5x |
6 | 16/5/2022 – 22/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300 | 5x |
7 | 23/5/2022 – 29/5/2022 | Kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM300 | 5x |
Tempoh Peraduan
Peraduan bermula pada 11hb April 2022 jam 00:00:01 dan tamat pada 29hb Mei 2022 jam 23:59:59 (waktu Malaysia). Penyertaan mingguan hendaklah diterima oleh pihak Penganjur pada atau sebelum jam 23:59:59 (waktu Malaysia) pada tarikh akhir setiap Peraduan mingguan seperti yang dijadualkan di atas.
Minggu | Tarikh Akhir Penyertaan | Tarikh Mula Resit/Invois Jualan | Tarikh Tamat Resit/Invois Jualan |
1 | 17/4/2022 @ 11:59:59PM | 11/4/2022 | 17/4/2022 |
2 | 24/4/2022 @ 11:59:59PM | 18/4/2022 | 24/4/2022 |
3 | 1/5/2022 @ 11:59:59PM | 25/4/2022 | 1/5/2022 |
4 | 8/5/2022 @ 11:59:59PM | 2/5/2022 | 8/5/2022 |
5 | 15/5/2022 @ 11:59:59PM | 9/5/2022 | 15/5/2022 |
6 | 22/5/2022 @ 11:59:59PM | 16/5/2022 | 22/5/2022 |
7 | 29/5/2022 @ 11:59:59PM | 23/5/2022 | 29/5/2022 |
Kedai Turut Serta
- Kedai-kedai di Malaysia yang mengeluarkan resit sebagai bukti pembelian.
- Penjual di pasar dalam talian/kedai-kedai dalam talian di Malaysia yang mengeluarkan invois jualan sebagai bukti pembelian.
Terma & Syarat
- Peraduan #SANREMOGORAYA (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh GBA Corporation Sdn. Bhd. (No. Syarikat 162820-U) (“Penganjur”) yang beralamat di Wisma GBA 2, Lot 8, Jalan PPU 3, Taman Perindustrian Puchong Utama, Selangor, Malaysia.
- Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat:
- pihak Penganjur atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pihak Penganjur, dan
- pemborong atau peruncit yang menjual produk-product turut serta Peraduan ini.
- Produk-produk turut serta: Produk jenama SAN REMO; pasta kering (250g/350g/375g /500g), Quick Cook (500g), La Pasta (120g) dan sos pasta (480g/500g).
- Beli produk jenama SAN REMO bernilai RM15 dalam satu [1] resit/invois jualan dari mana-mana kedai turut serta untuk kelayakkan menyertai Peraduan.
- Setiap resit/invois jualan melayakkan satu [1] penyertaan dan hendaklah dihantar dalam tempoh minggu Peraduan masing-masing. Sila pastikan nama kedai turut serta, tarikh pembelian, nombor resit/invois jualan, produk(-produk) turut serta yang dibeli dan jumlah harga produk(-produk) turut serta yang dibeli dikemukakan dengan jelas di dalam gambar resit/invois jualan. Resit/invois jualan panjang harus dilipat untuk mengemukakan maklumat-maklumat yang diperlukan sahaja. Kelayakan penyertaan akan dibatalkan untuk resit/invois jualan yang bertarikh di luar daripada tempoh minggu Peraduan, resit/invois jualan pendua, resit/invois jualan yang tidak jelas atau resit/invois jualan yang tidak sah.
- Setiap penyertaan mestilah lengkap dan tepat. Kelayakan penyertaan akan dibatalkan untuk penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak tepat.
- Peserta boleh menghantar lebih dari satu [1] penyertaan tetapi setiap peserta hanya dibenarkan untuk memenangi satu [1] hadiah utama mingguan di dalam seluruh tempoh Peraduan.
- Kaedah pemilihan pemenang hadiah penyertaan mingguan: Seribu-empat-ratus-dan-lima [1,405] penyertaan pertama yang layak untuk setiap minggu Peraduan akan dipilih sebagai pemenang-pemenang hadiah penyertaan mingguan. Penyertaan di luar jumlah hadiah penyertaan mingguan yang diperuntukkan masih layak untuk hadiah utama mingguan.
- Pemenang-pemenang hadiah penyertaan mingguan akan dimaklumkan menerusi Whatsapp dalam tujuh [7] hari selepas penamatan setiap Peraduan mingguan. Penyertaan yang tidak layak akan dimaklumkan dengan kod ralat:
- Error code 1: Resit/invois jualan di luar tempoh Peraduan mingguan.
- Error code 2: Penyertaan tidak lengkap; resit/invois jualan yang tidak jelas/lengkap.
- Error code 3: Jumlah pembelian yang tidak mencukupi/tiada pembelian.
- Error code 4: Resit/invois jualan pendua.
- Error code 5: Hadiah penyertaan mingguan ditebus sepenuhnya.
- Hadiah penyertaan mingguan akan dipindah kepada akaun Touch ‘n Go eWallet berdaftar dengan nombor mudah alih para pemenang yang digunakan untuk penyertaan dalam tiga-puluh [30] hari selepas tarikh makluman. Hadiah yang gagal dipindah dalam tiga-puluh [30] hari selepas tarikh pemindahan cubaan pertama akan ditarik balik.
- Kaedah pemilihan pemenang hadiah utama mingguan: Setiap penyertaan yang layak akan diperuntukan satu [1] nombor bersiri mengikut urutan dalam tempoh Peraduan mingguan. Jumlah nombor bersiri akan dibahagikan dengan nombor lima [5] untuk menentukan pemenang mingguan. Nombor siri akan disifarkan pada permulaan setiap Peraduan mingguan.
- Pemenang-pemenang hadiah utama mingguan akan diumumkan di https://www.facebook.com/sanremopastamalaysia dalam tujuh [7] hari selepas penamatan setiap Peraduan mingguan. Pihak Penganjur akan menghubungi para pemenang menerusi Whatsapp untuk mendapatkan gambar kad pengenalan baru (bahagian kiri sahaja – mengemukakan nombor kad pengenalan baru, nama penuh and alamat dengan jelas; gambar salinan diimbas/dicetak tidak akan diterima) untuk pengesahan pemenang dan pemindahan kredit Touch ‘n Go eWallet.
- Pihak Penganjur akan cuba menghubungi para pemenang utama mingguan sebanyak tiga [3] kali sahaja. Kegagalan membalas kepada pihak Penganjur dalam tujuh [7] hari selepas cubaan terakhir akan mengakibatkan pembatalan kemenangan dan hadiah ditarik balik.
- Pihak Penganjur akan memindah hadiah utama mingguan kepada akaun Touch ‘n Go eWallet berdaftar dengan nombor mudah alih para pemenang yang digunakan untuk penyertaan dalam tiga-puluh [30] hari selepas mendapati semua maklumat dari pemenang. Hadiah yang gagal dipindah dalam tiga-puluh [30] hari selepas tarikh pemindahan cubaan pertama akan ditarik balik.
- Semua hadiah tidak boleh ditukar milik kepada akaun Touch ‘n Go eWallet yang lain, dikembalikan dan ditukar ganti.
- Semua keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur berhubung Peraduan ini adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. GBA Corporation Sdn. Bhd. mempunyai hak tunggal untuk menukar terma-terma dan syarat-syarat Peraduan ini dan/atau menggantikan hadiah-hadiah dengan barangan yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan. Penukaran atau penggantian tersebut tidak akan memberi hak kepada mana-mana Peserta untuk membuat sebarang tuntutan dan pampasan terhadap GBA Corporation Sdn. Bhd.
- Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta adalah dianggap telah memahami dan bersetuju kepada pihak Penganjur menggunakan maklumat peribadi Peserta bagi tujuan pemasaran.
- Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, kematian atau tuntutan disebabkan penyertaan Peraduan ini.