masa penyediaan10 minit
masa memasak15 minit
hidangan4 orang
Bahan-bahan
| 1 x 500g | San Remo Wholemeal Penne |
|---|---|
| 4 keping | Ham ayam |
| 1 biji | Bawang, dipotong dadu halus |
| 2 ulas | Bawang putih, dicencang halus |
| 800g | Cendawan perang Swiss, dicencang kasar |
| 1 genggam | Daun-daun thyme |
| Garam dan lada (secukup rasa) | |
| 2 sudu besar | Krim masak |
| 200g | Sayur bayam muda |
| 40g | Mentega, dipotong dadu |
Cara Memasak
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali besar dengan api serdahana. Masukkan bawang dan tumis sehingga separa lut sinar.
- Masukkan bawang putih, cendawan, ham ayam dan daun-daun thyme. Masak untuk 5 minit. Tambah garam, lada dan krim.
- Sementara itu, masukkan pasta ke dalam periuk berisi air garam mendidih dan masak mengikut arahan pada paket. Simpan 1 cawan air rebusan pasta.
- Gaul pasta, sayur bayam dan mentega dengan sos cendawan sehingga daun bayam menjadi layu. Taburkan sedikit air rebusan pasta jika perlu.
- Hiaskan pasta dengan sedikit lada kasar.




