Peraduan #RAYASANREMOSAYA

Peraduan Mingguan

Minggu Tempoh Hadiah Jumlah Pemenang
1 26/4/2021 – 2/5/2021 SATU [1] Wokpan 30cm Tefal G13594 bernilai RM249 28
2 3/5/2021 – 9/5/2021 SATU [1] Wokpan 30cm Tefal G13594 bernilai RM249 28
3 10/5/2021 – 16/5/2021 SATU [1] Periuk Nasi Tefal RK7401 bernilai RM419 28
4 17/5/2021 – 23/5/2021 SATU [1] Periuk Nasi Tefal RK7401 bernilai RM419 28
5 24/5/2021 – 30/5/2021 SATU [1] Wokpan 28cm Tefal G26619 bernilai RM289 28
6 31/5/2021 – 6/6/2021 SATU [1] Wokpan 28cm Tefal G26619 bernilai RM289 28
7 7/6/2021 – 13/6/2021 SATU [1] Penggoreng Udara Tefal FX1000 bernilai RM929 28
8 14/6/2021 – 20/6/2021 SATU [1] Penggoreng Udara Tefal FX1000 bernilai RM929 28

Cara Penyertaan

Langkah 1: Beli produk jenama SAN REMO bernilai RM10 dalam satu [1] resit/invois jualan dari mana-mana kedai yang turut serta. Setiap resit/invois jualan melayakkan satu [1] penyertaan.

Langkah 2: Whatsapp ke +6011-6306 6011: (1) Nama penuh anda; taip sebagai teks (2) Nombor K/P baru anda; taip sebagai teks (3) Gambar resit/invois jualan.

Perhatian: Sila pastikan maklumat berikut dikemukakan dengan jelas di dalam gambar resit/invois jualan:

  • Nama kedai atau kedai dalam talian.
  • Tarikh pembelian.
  • Nombor resit/invois jualan.
  • Produk(-produk) turut serta yang dibeli.
  • Jumlah harga produk(-produk) turut serta yang dibeli.

Tempoh Peraduan

Peraduan bermula pada 26hb April 2021 jam 00:00:01 dan tamat pada 20hb Jun 2021 jam 23:59:59 (waktu Malaysia). Penyertaan mingguan hendaklah diterima oleh pihak Penganjur pada atau sebelum jam 23:59:59 (waktu Malaysia) pada tarikh akhir setiap Peraduan mingguan seperti yang dijadualkan di atas.

Kedai Turut Serta

  • Kedai-kedai di Malaysia yang mengeluarkan resit sebagai bukti pembelian.
  • Penjual di pasar dalam talian/kedai-kedai dalam talian di Malaysia yang mengeluarkan invois jualan sebagai bukti pembelian.

Terma & Syarat

  1. Peraduan #RAYASANREMOSAYA (“Peraduan”) ini dianjurkan oleh GBA Corporation Sdn. Bhd. (No. Syarikat 162820-U) (“Penganjur”) yang beralamat di Wisma GBA 2, Lot 8, Jalan PPU 3, Taman Perindustrian Puchong Utama, Selangor, Malaysia.
  2. Peraduan ini terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas, kecuali kakitangan dan ahli keluarga terdekat pihak Penganjur atau syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pihak Penganjur.
  3. Produk-produk turut serta: Produk jenama SAN REMO; pasta kering (250g/350g/375g /500g), La Pasta (120g) dan sos pasta (480g/500g).
  4. Beli produk jenama SAN REMO bernilai RM10 dalam satu [1] resit/invois jualan dari mana-mana kedai turut serta untuk kelayakkan menyertai Peraduan.
  5. Setiap resit/invois jualan melayakkan satu [1] penyertaan dan hendaklah dihantar dalam tempoh minggu Peraduan masing-masing. Sila pastikan nama kedai turut serta, tarikh pembelian, nombor resit/invois jualan, produk(-produk) turut serta yang dibeli dan jumlah harga produk(-produk) turut serta yang dibeli dikemukakan dengan jelas di dalam gambar resit/invois jualan. Kelayakan penyertaan akan dibatalkan untuk resit/invois jualan yang bertarikh di luar daripada tempoh minggu Peraduan, resit/invois jualan pendua atau resit/invois jualan yang tidak jelas.
  6. Setiap penyertaan mestilah lengkap dan tepat. Kelayakan penyertaan akan dibatalkan untuk penyertaan yang tidak lengkap dan/atau tidak tepat.
  7. Peserta boleh menghantar lebih dari satu [1] penyertaan tetapi setiap isi rumah hanya dibenarkan untuk memenangi satu [1] hadiah di dalam seluruh tempoh Peraduan.
  8. Kaedah pemilihan pemenang: Setiap penyertaan yang layak akan diperuntukan satu [1] nombor bersiri mengikut urutan dalam tempoh Peraduan mingguan. Jumlah nombor bersiri akan dibahagikan dengan nombor dua-puluh-lapan [28] untuk menentukan pemenang mingguan. Nombor siri akan disifarkan pada permulaan setiap Peraduan mingguan.
  9. Pemenang-pemenang mingguan akan diumumkan dalam tujuh [7] hari selepas penamatan setiap Peraduan mingguan. Pihak Penganjur akan menghubungi para pemenang menerusi Whatsapp untuk mendapatkan gambar kad pengenalan baru (bahagian kiri sahaja – mengemukakan nombor kad pengenalan baru, nama penuh and alamat dengan jelas; gambar salinan diimbas/dicetak tidak akan diterima) untuk pengesahan pemenang dan penghantaran hadiah. Kemenangan akan dibatalkan dan hadiah ditarik balik sekira mendapati ada pemenang dari isi rumah yang sama dalam seluruh tempoh Peraduan.
  10. Pihak Penganjur akan cuba menghubungi para pemenang sebanyak tiga [3] kali sahaja. Kegagalan membalas kepada pihak Penganjur dalam tujuh [7] hari selepas cubaan ketiga akan mengakibatkan pembatalan kemenangan dan hadiah ditarik balik.
  11. Pihak Penganjur akan menghantar hadiah dalam tempoh masa dua-puluh-lapan [28] hari selepas mendapati semua maklumat dari pemenang. Hadiah yang gagal dituntut dalam dua-puluh-lapan [28] hari selepas tarikh penghantaran akan ditarik balik.
  12. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan dan ditukar ganti.
  13. Semua keputusan yang dibuat oleh pihak Penganjur berhubung Peraduan ini adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat atau rayuan tidak akan dilayan. GBA Corporation Sdn. Bhd. mempunyai hak tunggal untuk menukar terma-terma dan syarat-syarat Peraduan ini dan/atau menggantikan hadiah-hadiah dengan barangan yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan. Penukaran atau penggantian tersebut tidak akan memberi hak kepada mana-mana Peserta untuk membuat sebarang tuntutan dan pampasan terhadap GBA Corporation Sdn. Bhd.
  14. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta adalah dianggap telah memahami dan bersetuju kepada pihak Penganjur menggunakan maklumat peribadi Peserta bagi tujuan pemasaran.
  15. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kecederaan, kematian atau tuntutan disebabkan penyertaan Peraduan ini.

Beli dari kedai-kedai rasmi SAN REMO sekarang:

Beli dari kedai-kedai rasmi GBA sekarang: