masa penyediaan10 minit
masa memasak5 minit
hidangan2-3 orang
Bahan-bahan
| 100 g | San Remo Cous Cous |
|---|---|
| 200 ml | Stok ayam, dididih |
| 2 | Kacang botol, dihiris nipis |
| 1 | Kacang panjang, dihiris nipis |
| 1 batang | Serai, dihiris nipis |
| 1/2 kuntum | Bunga kantan, dihiris nipis |
| 2 helai | Daun kesum, dihiris nipis |
| 6 helai | Daun pudina, dihiris nipis |
| 1 helai | Daun limau purut, dihiris nipis |
| 2 sudu besar | Udang kering |
| 2 sudu besar | Ikan masin |
| 1/4 cawan | Parutan kelapa |
| 1/4 sudu teh | Serbuk lada sulah |
Cara Memasak
- Bakar udang kering dan ikan masin dengan api perlahan hingga kuning keemasan dan wangi. Ditumbuk hingga halus dengan lesung. Ketepikan.
- Bakar parutan kelapa hingga kuning keemasan dan wangi. Ditumbuk kasar dengan lesung dan ketepikan.
- Masukkan San Remo Cous Cous ke dalam mangkuk besar dan tuangkan stok ayam panas ke dalam. Tutup mangkuk dengan ketat dan biarkan selama 5 minit hingga cous cous kembang dan menyerap semua stok ayam.
- Gaul cous cous dengan garpu untuk mengasingkan ia. Kemudian, masukkan udang kering, ikan masin, parutan kelapa, sayur-sayuran dan daun-daun herba. Gaul sebati dan perasakan dengan serbuk lada sulah.
- Sedia dihidangkan.


