masa penyediaan10 minit
masa memasak15 minit
hidangan3-4 orang
Bahan-bahan
| 300 g | San Remo Vermicelli, masak mengikut arahan di peket |
|---|---|
| 400 g | Ikan grouper atau ikan merah, hiris |
| 2 | Bawang besar, hiris nipis |
| 4 ulas | Bawang putih, hiris nipis |
| 20 g | Kunyit, hiris nipis |
| 2 sudu teh | Pes tauchu |
| 1 sudu teh | Cuka masak |
| 1 sudu teh | Gula merah |
| 2 | Cili merah, hiris nipis |
| 200 ml | Air |
| 6 sudu besar | Minyak zaitun |
Cara Memasak
- Panaskan minyak zaitun di dalam kuali. Tumis bawang besar, bawang putih dan kunyit sehingga wangi. Kemudian masukkan ikan yang telah dihiris.
- Masukkan pes tauchu, gula merah, cuka dan air.
- Didih selama 3 minit dan masukkan cili merah.
- Masukkan San Remo Vermicelli yang telah direbus dan kacau sehingga sebati.
- Hidang semasa panas.






